Ticker

6/recent/ticker-posts

Pakej Haji Premium bagi Golongan Profesional Tahun 2025

 


Saban tahun apabila bermula musim mengerjakan haji, sering berlaku kes ada jemaah menjadi mangsa kepada kelemahan tatakelola daripada ejen atau agensi pengendali umrah untuk menunaikan ibadah berkenaan. Sangat kesian apabila warga emas ditipu dan dibiarkan tanpa Ehsan. Baru-baru ini, kira-kira 300 bakal jemaah haji Malaysia yang sudah berada di Makkah, kebingungan apabila agensi umrah menguruskan perjalanan mereka, gagal menunaikan janji mendapatkan kebenaran mengerjakan haji pada musim ini.

Kita sebagai anak harus peduli dan ambil tahu tentang niat baik ibu ayah kita nak menunaikan haji. Pantaulah dengan pakej apa yang ditawarkan dan siapa pengelola Jemaah haji.

Terutama apabila ditawarkan pakej yang terlalu murah dan janji bulan dan Bintang. Pada acik biarlah cari yang betul-betul pengalaman, sebagai contoh MKM Ticketing Travel dan Tours iaitu pengelola haji swasta yang dipercayai.


 

Hampir lebih 100 ribu orang telah diuruskan dengan lebih 13 tahun pengalaman.

Paling penting Pengelola Jemaah Haji yang Sah iaitu berdaftar dengan MOTAC dan ⁠Pengelola Jemaah Haji yang sah dibawah Tabung Haji

Selain itu,pembimbing Ibadah Haji yang berilmu & berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci.Menjaga kebajikan jemaah dan berusaha memastikan perjalanan yang tersusun.Pengurusan cekap bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik.

Pakej haji ini yang ditawarkan adalah pakej haji premium.

Terdapat 5 pakej utama iaitu pakej salam, pakej salam plus, pakej Menara jam,pakej safa dan pakej Firdaus. Tawaran harga berdasarkan pakej-pakej yang dikendaki.  Pakej haji yang ditawarkan bermula dari RM54,900 hingga RM275,000 seorang.

Pakej berharga RM54,900 adalah bagi mereka yang terpilih untuk menunaikan haji tahun semasa, manakala pakej premium bermula RM75,900 terbuka untuk jemaah terpilih haji dan mereka yang membuat rayuan.

 


Apakah Kelebihan MKM TRavel

Kemudahan Para Jemaah Haji

Ø  Umrah :Jemaah dibawa ke Miqat bagi Umrah tambahan ketika Ziarah.

Ø  Hotel : Jarak dekat ke Masjid, mempunyai ruang legar, dewan makan dan Pejabat Urusan.

Ø  Kargo : Perkhidmatan Kargo disediakan di hotel Mekah dan Madinah.

Ø  Takaful: Pelan Perlindungan Takaful berkelompok (tertakluk pada terma & syarat syarikat takaful). Bagi yang berumur 65 tahun ke atas, insuran ini tersedia sebagai pilihan (dengan kos tambahan).


 

Ø  Kursus Haji: Kursus Haji Intensif di Tanah Air dan ulang kaji di Tanah Suci. Kursus secara online juga disediakan.

Ø  Sajian Makanan: Masakan secara buffet Asia 3 kali sehari di Mekah dan Madinah.

Berbekalkan pengalaman meluas ini juga bakal tetamu haji kali ini akan merasai keselesaan maksimum menerusi bimbingan dan pengurusan yang memudahkan setiap langkah jemaah.Acik harap sangat agar semua jemaah dapat merasai pengalaman kerohanian yang lebih baik dan dapat memberi fokus kepada ibadah dengan bantuan mutawif berpengalaman termasuk perkhidmatan lengkap Visa Haji dan pengangkutan

Untuk maklumat lanjut berkaitan MKM Ticketing Travel & Tours boleh dihubungi di talian 0378316740 atau layari haji.mkm.my.

Catat Ulasan

0 Ulasan